Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Bahayakah kita?

Bismillah.

Assalamualaikum.

Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad.

Moga kalian yang membaca ini sentiasa dalam kasih rahmat cinta Allah swt. Amin Ya Rabb.


---



“ Assalamualaikum. Boleh aku Tanya sedikit perihal lelaki? ”



“ Waalaikumsalam. Ya, apa? ”



*ambil nafas*
“Apa yg lelaki fikirkan bila dia nampak perempuan? Err..
 between sexy girl and yang tertutup?”




“Lelaki kelemahan dia ni.
Dia kalau lihat perempun seksi, dia senang terpikat.
Nafsu syahwat dia akan membuak lantas dia akan mengundang kepada perkara maksiat.

Nak kongsi cerita, time aku kerja ya Allah , perempuan tutup aurat tapi pakaian nya agak begitu ketat sehingga melihat tubuh badan."




*diam seketika*




“Berbandingkan yg menutup aurat, memakai hijab
lelaki akan tunduk pandangan nya dan berasa malu berdekatannya.”


Aku masa kerja , pernah dekat dengan perempuan yang pakai hijab, serious aku rasa bersalah dan malu bila dekat.”





 oh begitu sekali?




“And lelaki mudah cair dengan perempuan dari segi suara lunak, pakaian, aurat, wangi wangian.”







*pheww berdentum jantung. Begitu sekali. Allahuakbar.*





“Kadang-kadang susah nak tunduk pandangan bagi pihak lelaki.”



“Bukan lelaki sahaja. Kami yang akhawat ni pun sama.”



Entah la, time kerja aku susah nak tunduk pandangan.
Lagi-lagi yang pakaian seksi-seksi tu.

Ya Allah.

---


Adik kakak lindungan surge.


Tutuplah auratmu sayang.
Pelihara kakimu.
Pelihara tanganmu.
Pelihara tubuhmu.
Pelihara auratmu.


Kita cuba untuk tutup aurat.
Sekaligus kita membantu kaum lelaki juga unuk menjaga pandangan.

Pernah berlaku kan.
Kita disuruh menjaga pandangan.
Kita menyuruh orang menjaga pandangan.

Tapi.
Tanpa sedar kita yang membuka peluang orang tidak menjaga pandangan.

Menjaga pandangan.
Tidak memandang lama-lama seperti tenung ajnabi.

Jika pandangan pertama, beruntunglah dapat nikmat.
Tapi. Kita perlu cepat alih pandangan agar tidak mendatangkan fitnah.

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Ali :“Wahai Ali, janganlah engkau susuli satu pandangan dengan satu pandangan lagi, kerana yang pertama menjadi bahagianmu dan yang kedua bukan lagi menjadi bahagianmu (dosa atasmu).” (HR Ahmad, Al-Tirmidzi dan Abu Daud)

Pernah tak?
Kita dah pandang orang lepas tu kita pandang lagi sekali?
Kononnya hensem lah kononnya.
Siap kita perasaan lah ada jerawat dekat muka dia. Erk.
Kalau boleh.
Kita cuba cakap dekat hati.
Jangan nak mengada mata kita ni nak tengok sampai dua kali.
Khuatir jika pandangan kedua itu membahayakan.

Tapi.
Ada juga yang cakap.



“Saya tenung je lama lama tapi taklah macam akak cakap, tengok sampai dua kali.”



Eheh.
Memang awak tak tengok sampai dua kali.
Tapi kalau awak tenung lama lama bukankah ianya tetap sama seperti awak tenung dua kali?

Pernah dengar kan?
Imam  Syafie terlupa akan hafalannya hanya kerana ternampak tumit kaki seorang wanita yang bukan muhrimnya. (jika salah, mohon betulkan)

Kita ni?
Pandangan tak mahu jaga.
Aurat tak mahu dijaga.

Allahuakbar.
Jauh beza kita.
Patutlah kita ni senang sangat lupa.

Pernah dengar dari mata jatuh ke hati?
Haaa.
Dari mata ke hati.
Dari hati ke rasa.
Dari rasa ke binasa.


Adik dan kakak serta akh.
Ambe mohon maaf atas entrinya yang kurang mantap.
Dialog di atas adalah sebenarnya.

Ambe mohon maaf andai ada yang terasa. Moga ketemu lagi jika diizinkan. Wassalam.

Yang dambakan kekuatan,
Cik Awan,
08 Rabiul Akhir 1435.