Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Rindu Tuhan sama kamu



“Batuk ya?”

“Haa yelah dah tua macam nil ah. Batuk tak habis habis.”

“Alah, bukan yang tua saja, yang muda pun nihaa batuk.”

“Takpelah. Batuk sikit je. Nanti sembuh lah. Kalau tak sembuh pergi lah Sana. Kalau pass, untunglah, kalau tak pass, menjerit siang malam.”


Mampu sengih tawar bila pokcik tu cakap dengan umi sewaktu beli kuih pau kami.


Itu draf yang aku simpan selama ni. Tak bertaip. Tak menyambung langsung tulisan tersebut.
Dan kini entah kenapa hati terdetik mahu menyambungnya.

---

Allah jualah yang menggerakkan tangan ini untuk berada di sini. Tanpa izinNya, pasti diri ini tiada di sini.
Bismillah.

*sambungan atas*

Kerana pagi tadi. Baru sahaja bercakap perihal dunia dengan adinda tersayang, Haura- maqsurah-Nur Khaliesah.
Dan, pokcik  itu cakap begitu.
Allah.

Dan kakak juga rasa ingin berkongsi ini;

Kau melihat dia di balik jendela itu.
Kau tidak mengendahkan.
Meneruskan aktiviti mendengar lagu di dalam kamarmu.
Lagu yang lagha.

Permata hati, ibumu, memanggilmu untuk memakan tengah hari.
Lantas kau bertanya pada ibumu;


“Umi, kita ada tetamu ke pada hari ini? Karena saya nampak ada orang di depan pagar rumah kita tu.”


Lantas umi pergi melihat.


“Tiada siapa-siapa pun. Sudah, makanlah. Mengarut saja kamu ni.”


Meremang bulu roma kau.
Kau pergi menjengah untuk kepastian tetapi kau lihat ada orang di balik sana.
Masakan umi tidak nampak?


“Umi, ada orang depan sana.”

“Umi tak nampak apa-apa pun.”

“Ah hanya ilusi aku.”
Kau monolog sendiri.


Waktu kau hendak menyuapkan makanan.
Tiba-tiba…
Ada yang mengetuk pintu rumah..

Tuk tuk tuk..


Kau katakana pada umi;


“Ada orang ke umi di depan sana?? Ada orang ketuk pintu.”

“Apa  mengarut ni, takde siapa-siapa lah. Mana ada orang ketuk pintu. Umi tak dengar pun.”


Sejurus itu,
Kau pergi ke balik tirai,
Kau ternampak orang yang sama.
Berada di depan pintu rumah kau.
Dia memandang kau.
Kau.
Sudah tidak selera untuk makan lalu, naik ke kamar semula.

Bunyi derapan kaki kedengaran di benak telinga.
Kau mulai ketakutan.
Siapakah orang itu?
Kenapa aku seorang sahaja yang nampak?

Makin lama makin kedengaran.
Makin lama makin dekat.


Tuk tuk tuk.


Pintu bilikmu diketuk.
Lalu, kau mengambil al-quran untuk membaca.
Tapi tak berkesan juga.
Kau ketakutan.
Kau pergi ke kamar air untuk mengambil wuduk.
Cuba untuk solat sunat taubat.
Tapi segala peri lakumu tidak tentu arah.

Malaikat maut menjemputmu.

---

Adakah kau itu kita?
Kita hanya bertaubat saat saat akhir bila malaikat maut mahu menjemput kita.
Tapi sayang.
Kita tidak tahu bila dia akan hadir.

Sedikit cerita yang kakak ambil dari kem yang dahulu.
Ceritanya kakak kurang ingat karena sudah setahun berlalu. Tapi moga dapat apa yang kakak mahu sampaikan walau sememangnya kakak tahu tidak punyai isi pun dalam cerita ini.
Kali ini, isinya lebih kepada berfikir dan muhasabah.
Mohon maaf ya.

Segala yang kurang dari kakak. Yang mana ada salah, mohon dikatakan sama kakak. Sama-sama perbaiki.

Penghuni surga itu, orangnya baik-baik.

Al Fatihah buat teman kakak,
Adibah binti Norhairy.
Perginya seorang bidadari solehah pada 30 Dis 2013.
Al fatihah.

Buatmu adibahkhairy.
Kita tak sangka awak secepat ini pergi.

Pertemuan kita kali itu, kali terakhirnya.
Kita ingat lagi.
Waktu kita last jumpa tu, kita tenung muka awak lelama.
Sampai kereta awak hilang dari pandangan.
Eh ke kita yang pergi dulu haritu? Kita lupa hehe.

Masih takpercaya.
Kita tinjau twitter awak.
Dan mengharapkan awak masih ada untuk terus sampaikan kebaikan.
Tapi hakikatnya.
Awak sudah tiada.
Masih tak sangka.
Karena.
Dirimu terlalu berharga.
Dirimu mujahidah solehah.
Moga buatmu sayang,
Peroleh syurga.

Adinda.
Kita rasa menyesal tidak dapat mengenalimu dengan lebih mendalam.
Tapi rasa bahagia dapat kenal dan berjumpa sama kamu.
Tapi apa yang kita tahu, adindaku.
Tuhan merinduimu, lantas Dia menjemputmu.
Berehatlah kamu di Sana.
Kamu sudah letih.
Bahagialah.



---

_Allah


T-T

Saya mohon maaf atas segala kekasaran.

Pencintan Awan
01 Rabiul Awal 1435
2148

Tiada ulasan: