Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Kita tipu, kita rugi.



“Kenapa kau asingkan buah tu daripada buah potong tu? Kenapa tak bagi je dekat pelanggan tadi? “

“Rugilah. Lagipun buah sekarang sekilo mahal. Lainlah kalau aku tanam sendiri buah.”

“Tapi, bukankah cuma sedikit je? Cuma dua potong kecil je. Takkan tu pun nak mengira?”

“Ah, kau tak tau. Aku yang berniaga aku tau lah.”

"Beniaga ni paling senang nak buat sedekah." Cuma terucap dalam hatinya.


Kakak manis, adik kecil.
Akhi sekalian.

Umi kakak selalu pesan;


Berniaga ni sunnah nabi. Bila kita ikut segala apa yang nabi buat dalam perniagaan insya-Allah boleh berjaya.


Bukan apa.
Cuma ingin bagi ingatan.
Benar.
Kita berniaga ingin dapat keuntungan tapi janganlah sampai keterlaluan.

Businessman, businesswoman sekalian.
Janganlah lokek nak bagi sedekah dekat pelanggan anda walaupun hanya secebis.
Mana tahu kan?
Dari secebis itulah perniagaan kita itu mendapat keberkatan.
Dari secebis itulah pelanggan kita gembira dan dia mendoakan agar perniagaan kita lebih maju.
Pernah tak tengok muka pelanggan bila dia gembira dapat sesuatu yang diluar jangkaan-sedekah?

Kadang tu sedih je beli makanan dah sampai rumah je dah masam.
Dah tak boleh makan.
Kadang tu beli makanan ciput je tak standing dengan harga.
Dah balik tu peniaga kena kutuk sebab pelangan tak puas hati.

Berniaga ni sunnah nabi.
Ikutlah segala sunnahnya dalam perniagaan.
Insya-Allah perniagaan akan maju kalau betul dengan caranya.

Ini kadang-kadang curi timbangan.
Apa nak jawab bila dah ke sana nanti kalau kena soal?
Dekat dunia ni boleh la mencekik duit orang lain.
Dan orang boleh lagi senyum dan senyap.
Di sana nanti, boleh?

Buat pelanggan.
Sabarlah menunggu giliran.
Janganlah menengkik peniaga apabila dia tersalah dengar.
Dia juga manusia biasa seperti anda.
Fikirlah sebelum mara.
Apa perasaan anda apabila ada orang marahkan anda?

---

Baiklah. Sebenarnya kakak mahu promote perniagaan ayah dan umi kakak.

Jika yang membaca ini duduk di area Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke Bandar Tasik Selatan berdekatan dengan Kem Sungai Besi berhadapan dengan taman permainan. Ayah kakak juah kuih pau kukus, putu piring dan rojak buah. Insya-Allah sedap. Semuanya fresh dan kami buat sendiri.

Kami ada membuat 11 jenis inti pau. Antaranya- Kacang merah, kaya, kelapa, ayam kari, kari daging, ayam blackpepper, sardin, ikan bilis, kaya pandan, blueberry, dan coklat.

Kepada yang nak order untuk majlis perkahwinan, tunang, kiosk mahupun apa-apa saja event, kami sedia menerima tempahan. – Boleh hubungi 012-3543496/ 03-92825504 Insya-Allah ada diskaun kalau beli dalam bentuk yang banyak.


Kami dalam perancangan nak buat tempahan secara online.  Jika dapat sambutan, insya-Allah kami akan buat. 

Boleh juga ikuti perkembangan atau sebarang pertanyaan di page Din Pau Corner atau nombor yang tertera.






Insya-Allah jumpa di lain post. 

Jaga diri ^^

pencinta awan
09 safar 1435 

Tiada ulasan: