Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Saling berbagi rasa


Assalamualaikum.

Ukhuwah itu indah.
Bila mana atas dasar Ilahi.
Datangnya dihargai.
Perginya dinanti agar dapat berjumpa semula.

Aku tak berapa ingat.
Bagaimana situasi muslimah ini apabila dia beritahu pada kami.
Ceritanya sweet bagi aku.
Taktau lah kalau aku cerita balik dekat sini jadi tak sweet.
Erk.



Waktu ini kami adakan perbincangan untuk aktiviti usrah untuk esok. Dan pada masa itu sudah larut malam- sudah dekat pukul 12 tengah malam. Namun, kerja kami masih belum siap dan mereka belum menjamah nasi untuk malam itu.

Tiba-tiba..

Uswatun(bukan nama sebenar) rasa pening kepala dan lalu dia pengsan. Sahabat dia mengambil keputusan untuk hantar Ustawan ke klinik.

Mau tahu?

Semua sahabatnya yang ada di situ turut menghantarnya ke klinik. Tidak tinggal seorang pun yang tidak mengikut hantarnya ke klinik. Allahuakbar.  Berderet lah kereta menghantarnya ke klinik pada malam itu.

Malam larut- Klinik semua tutup. Namun mereka tidak berputus asa. Mereka ingin sahabat mereka sembuh. Dan akhirnya, mereka jumpa klinik Uswatun.

Bila terkenang balik, mereka tergelak. Lagi-lagi nama klinik sama seperti nama sahabat mereka. Alhamdulillah,  sahabat mereka sembuh. Syukur.




"Andai aku dikurniakan sahabat seperti mereka."
Namun.
Aku selalu ingatkan diri aku.
Nakkan yang terbaik.
Kena baikkan diri dulu.
Baru fair.

Aku teringat.
Waktu ni tengah dalam program ta'aruf.
 “Bila kita berukhuwah kita kena kenal semua pasal sahabat kita tu. Feveret dia apa. Cita-cita dia apa. Hobi dia apa. Senang cerita segalanya lah tentang dirinya.” – Sis Aisyah aka Teacher Aisyah

Allahuakbar.
Terasa kurangnya aku.
Saat Sis Aisyah kata begitu di sebelahku
Aku…
Bukan sahabat yang baik.
Allahuakbar.
Maafkan aku sahabat.
Aku khilaf.
Aku hipokrit.
Aku ego.
Aku inginkan sahabat yang bias memahami diriku.
Padahal aku tidak begitu.

Sahabat,
Aku mohon maaf.
Atas segala kekurangan sepanjang kita bersahabat.
Aku akui.
Aku bukanlah seorang yang senang mau ucap
“Aku ambil berat pasal dirimu.”
Aku bukanlah seorang yang senang untuk menunjukkan muka
Aku juga turut bersedih.
Bukan.
Aku bukan begitu kalau itu yang kau maukan.
Maafkan aku.

Maafkan aku juga.
Kalau.....

Aku terlupa untuk selitkan namamu di setiap doaku.

Kerana.
Manisnya ukhuwah dapat dirasai bukan kerana sering diungkapkan.
Tetapi kerana bisikan dalam dakapan du'anya.

Ukhuwah lebih kuat jika berada atas dasar ta'aruf, tafahum, ta'awun, takaful.
(mungkin akan dibincangkan nanti, isnya-Allah)

Untukmu perindu syurga.
Aku kangen sama hangatnya ukhuwah kita.
Moga selamanya kekal keranaNya.

----

Mahu selitkan Din Pau Corner. Ayah kakak ada jual kuih sikit. Tengoklah page tu. Tapi maaf masih kosong lagi. Masih baru lagi page tu.


Maaf atas segala kekasaran bahasa. Wallahualam. Moga berjumpa lagi. Insya-Allah.

-Cik Pencinta Awan
20 Safar 1435 


Tiada ulasan: