Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

PMGK '14 : Hamba dan Khalifah


Assalamualaikum.



Macam biasa, lepas subuh mesti ada tazkirah.


Mengantuk tahu? *menguap* *pukul pukul pipi*


---


“Tajuk kita hari ini hamba dan khalifah. Kehidupan satu ketentuan. Kita hidup sebagai manusia perlu ada matlamat. Saya tak nak cakap panjang lebar sebab saya nak awak semua yang bincang. Saya nak awak buat kumpulan yang macam semalam. Bincang mengenai cabaran, peranan sebagai hamba dan khalifah sampai pukul 7.05 pagi.”


---


Oh tidak. Buat macam kumpulan macam semalam that’s mean, bercampur dengan lelaki. Oh tidak kekoknya -_- Glupp


---


“Baiklah siapa nak mulakan dulu?”

"Ehem. Dalam al Quran ada firman yang membawa maksud;

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “ Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi ”. Mereka bertanya :  “ Kenapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikanMu? “ Tuhan berfirman : “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.”  Surah al baqarah ayat 30.

Di situ, kita boleh mengatakan bahawa Tuhan member kepercayaan kepada kita yang kita ini khalifah. Wallahualam.”

“Okay next, muslimat pula.”

“Sebenarnya amanah kita sebagai khalifah memang sangat berat. Hatta, langit, gunung, lautan dan lainnya tidak sanggup menerima amanah tersebut.  Kita sebagai manusia, itu amanat.. Yang.. sangat berat.”

"Next, about cabaran. Anyone?"

"Cabaran kita ini manusia akhir zaman.  Muncul keganasan yang mengaitkan Islam. Jadi, bila berlaku ini, orang bukan islam akan cakap islam ni pengganas dan orang islam yang tidak tahu, lagi buat tidak tahu pasal islam. Kedua, jahil kerana kurang jurucakap islam. Jika dulu, ada sahabat yang boleh tunjukkan akhlak yang baik, terangkan islam dengan lebih mendalam. Tapi kita sekarang ini, sudah akhir zaman dan ulama’ makin lama makin berkurang. Ketiga,  kurang pendekatan Islam. Jadi pada siapa yang tahu, perlu sebarkan mana yang perlu dan it is the normal thing bila kita nak sampaikan sesuatu, ada yang tak terima.

"Ana ada baca satu artikel ni, patutkah akhir zaman yang dipersalahkan?"

Dan masa pun tamat. Okay. Yang pasal artikel tu,  lupa apa isinya dan beberapa point sahabat yang lain. Allah Allah Allah.


---


Apa peranan kita? Kita berada di mana?


Yang tahu, tetapi buat buat tidak tahu.
Yang tidak tahu, masih tidak mahu untuk ambil tahu,
Yang tahu, dan terus bertindak.

Yang mana? Okay. Jawab dalam hati diam-diam.

Apa yang penting adik-adik, bila dakwah guna cara yang betul untuk bagi. Guna dengan hikmah. Bila berdakwah, bagi yang diperlukan. Bukan kita yang main bagi je. Dan bila kita memimpin orang, tujuan kita adalah Allah sebagai hamba Allah.

Khalifah = Seorang yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengatur kehidupan manusia di bumi supaya kehidupan manusia teratur dan mempunyai tujuan hidup untuk mencapai keredaan Allah.


Selalu semat dalam hati jiwa raga hempedu, kita ada 2 tanggungjwab yang sudah dipikul iaitu
-Hamba
-Khalifah

Kita memang hamba sahabat. HAMBA Allah.



Hidup ini bukan untuk berfoya-foya tapi untuk menjadi hamba dan khalifah kerana kita ini sebaik baik kejadian.


---


Aasif jika ada yang terlibat dalam tazkirah ini iaitu group ana dan naib presiden PKPIM, dan ana tidak menaip 100 % seperti antum sampaikan. Ana cmba insan yang tidak dapat mengingati semua perkara dengan terperinci. Ana Cuma hamba biasa dan mungkin ada tokok tambah sana sini. Asif sekali lagi.

InsyaAllah akan menaip lagi bila freee. Hahaha bilalah free agaknya tu -_- insyaAllah jumpa lagi. Jika bukan di sini, di syurga kelak insyaAllah.

Takbir. Allahuakbar!

Wallahualam.

Jika ada yang tersalah, mohon inbox ya :)

PMGK '14 dalam kenangan.
Syuhada [ Awan]
16 J. Akhir 1435

1 ulasan:

Nur Hamizah berkata...

Subhanallah indah kata-katanya. Tersentap hati. Allah Allah Allah. Aku di mana wahai iman ? Masih terkapai-kapai. Yaa kita bukan hamba yang didera tapi kita Hamba yang dicintai Allah. Allah. Moga Allah bantu kita untuk menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah :')

Harap sangat suatu hari nanti dapat pergi majlis macam syada ni <3 Allah.