Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Rokok dan Aurat. Perghhh

Bismillah.
Assalamualaikum. ^^





Diskusi antara seorang abang, seorang kakak dan adik-adik.


--


“Siapa dekat sini pernah hisap rokok? Jujur ya dengan abang. Abang nak tahu je bukan nak buat apa pun.

Betul tak ada yang hisap rokok? Alhamdulillah. Dan abang nak Tanya untuk adik-adik perempuan, ada tak yang dekat sekolah dia pakai tudung, dekat luar dia tak pakai tudung?"


*geleng kepala*


“Alhamdulillah takde.

Okay, jujur abang kaata, abang pernah diajak oleh kawan-kawan abang untuk hisap rokok, shisha, minum arak. Adik tahu tak dalam rokok tu ada arak. Sebab itu, kita ketagih nak menghisap rokok."


Arak = Ketagih.
Dalam rokok ada arak = ketagih.


Ehem ehem akak nak menyampuk sikit ya abang fikhri. Hang ja yang membebel dari slot tadi. *gerutu dalam hati*


“Adik-adik macam inilah kita buat konklusinya. Macam yang abang fikhri cakap tadi dalam rokok ada arak. Arak benda yang badan kita sebenarnya tak boleh terima. Sebab itu Allah haaramkan kita minum arak. Lebih nak faham macam ini lah ya.

Makanan jatuh dalam lumpur = Kotor.
Kitaa mesti tak nak makan makanan tu kan? Kita rasa jijik. Kita taknak ada makanan yang kotor masuk dalam badan kita.

Sama macam rokok.

Dalam rokok ada arak.
Tapi kenapa kita nak hisap rokok juga?

Kalau hisap juga, kenapa kita tak nak makan makanan yang jatuh dekat lumpur tu?”


“So, next abang fikhri?”

“Hm, pasal aurat abang nak sentuh tentang lelaki. Kalau boleh, eh mesti dibolehkan, adik-adik lelaki ni pakai lah seluar yang agak labuh sikit kalau hendak bersukan.”

“Kalau pakai stoking panjang macam mana? Boleh kan?

“Kalau boleh elakkan, kadang-kadang tu kita tak perasan yang tiba-tiba aurat kita ternampak. Alah, bukan mahal sangat pun nak beli seluar bola yang panjang sampai paras lutut. Okay, boleh?


*angguk-angguk kepala*


“Abang bagi masa dalam hm pukul berapa eh kak syue?”


“Pukul 11.45 kena ada kat sini. Sekarang 11.35. 10 minit ja rehat.”


“Kita akhirkan perbincangan kita dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.”


“Ingat, jangan ada yang lambat.”


--- 


Duhai sayang.
Tutuplah aurat mu.
Bukan bukan kena pakai tudung labuh mencecah lantai.
Bukan kena pakai jubah setiap masa.
Bukan.
Cukuplah hanya menutup mana yang perlu.
Duhai sayang.
Jika hak Allah kamu tidak tunaikan.
Bagaimana bisa kamu bisa menunaikan hak kamu.
Sedangkan, apa yang kamu hendak, Allah jualah yang berikan.
Jadi itu sayang.
Mari mari kita menutup aurat.
Tunaikan hak kita.
Betapa malunya sayang.
Hak Allah kita tak tunaikan tapi Dia tetap tunaikan apa yang kita mahukan.
Allahuakbar.



Ampun beribu ampun jika ada yang tersalah. Eh jap apa nama seluar panjang bola  tu? Maaf maaf  penulis dop tahu namanya apa -_- Tu yang letak seluar panjang bola -_-'

Wallahu'alam.

Cik Awan [ Syuhada ]
20 J.Akhir 1435

1 ulasan:

Nur Hamizah berkata...

Teringat perkongsian kawan miza dalam kitab fadhilat amal bahagian fadhilat zikir hadis ke 8. Allah menyuruh malaikat Jibril melihat syurga yang penuh dengan kenikmatan tetapi diselubungi dan dilingkungi dengan perintah-perintah Allah seperti mendirikan solah, puasa, jihad, tunaikan haji dll. Lalu Allah menyuruh malaikat Jibril melihat nerakat yang amat dahsyat tetapi Allah selubungi dan lingkungi dengan berbagai kenikmatan seperti minum arak, berjudi, perzinaa. Allahhuakbar. Nauzubillah min zalik.

Moga kita sama-sama dapat menempuh kesukaran itu demi memperoleh kesenangan dan kenikmatan di akhirat :') Aamiin.