Kau aku punya satu misi. Misi yang sama. Cuma dugaannya berbeza.

Cerita pasal hati





Sayang kecilku.
Usahlah bersayang-sayang waktu ni.
Kita masih muda.
Usah menagih cinta ajnabi.


Kamu tahu.
Kakak ada kenal seorang kakak ini.
Ditanya seorang adik kepada kakak ini.
Namanya kakak Nurul.
Waktu ini kami kenal di kem.
Kakak ini fasi kami.

"Kakak couple?"

"Tidak." *Senyum*

Sambungnya,
"Adik suka tak barang yang orang lain udah guna, dan adik pakai balik? Kalau kakak, kakak tidak suka. Samalah seperti hal ini. Kakak tidak mahu kakak couple, takut nanti kakak akan dapat seorang yang telah "dipakai" oleh orang lain."

*Senyap*

"Lagipun, dalam usia macam adik-adik ni lebih elok jangan fikirkan pasal cintan cintun ni."



Bukan itu sahaja sayang,
Cikgu kakak juga kata;

"Lelaki yang dalam usia macam ni, dia masih dalam tadika lagi. Tak matang. Tengoklah tu, main sana main sini." *geleng kepala*


Sayang kecilku.
Kita dalam dunia realiti.
Bukannya dunia novel.
Apa yang kita mau.
Apa yang kita suka.
Sekelip boleh dapat.
Bukan.

Sayang.
Boleh suka.
Islam tidak haramkannya.
Tapi nasihat kakak, 
sederhanalah itu lebih baik.

Bukan apa.
Bila suatu hari nanti kamu dapat tau dia bukan untukmu.
Hati kamu tidaklah sakit sangat.
Pada saat itu mengikhlaskan yang perlu.
Walau hati berteriak kata tidak mau.
Kakak tidak mahu kamu sakit kerana seorang ajnabi.
Itu sia-sia.

Jangan risau deh.
Kerana kakak anggap.
Hal ini macam magnet.
Kalau hati kamu dengan dia udah Allah tetapkan.
Pasti punya akan attract.
Bila-bila masa saja.
Tapi.
Jika sebaliknya, repel.
Terimalah.
Mungkin kamu akan terima yang lebih baik. 

Jika suka.
Tembak dengan du'a.
Itu bukankah lebih bermakna?
Saat kita sering menyapanya dalam du'a.
Malaikat juga turut mendu'akanmu sayang.
Du'a akan kekal.


"Tapi, makin paksa jangan ingat selalu. Makin ingat. Benar kan, kakak?"

"Nah, itu poinnya. Besederhana! Takde lah rapuh sangat :') "


Rencana Tuhan itu indah sayang. Kan?

*senyum*


Bermain sama hati.
Maka perlu belajar juga bermain juga sama efeknya.
Oh.
Hari ini bicara soal hati.
Ini kejutan kecil.
Heh.
Hati-hati menjaga hati.
Itu pesanan penaja.

Untuk kamu yang membaca.
Jaga diri.
Selamat menempuh hari.

Maaf atas salah tutur kata. Jumpa lagi insya-Allah. Tegurlah mana yang ada yang salah.
Wassalam.

Moga Allah titipkan kekuatan ke atas kita untuk menjaga rasa itu. Memang itu fitrah. Tapi takut hanya datangkan fitnah. 


-pencinta awan-
2 safar 1435

1 ulasan:

nimt berkata...

indeed . bersederhanalah . sorang ustaz penah pesan, bila betulbetul dh ready nk kawin, mean, dlm tempoh seminggu dua ni nk kawin dgn dia, blh la kita luahkan perasaan kita dan suruh dia masuk pinang. xpayah nk bercintacinta sebelum kawin . :)